Khamis, 8 Disember 2011

2B4H

     As'salam.. Setelah sekian lama membisu blog ni.  Eh! Jap, blog mana boleh bercakapkan..hehe!~  Sudah lama tak update blog ni, kadang2 ada juga rasa rindu nak merepek kat blog ni.  Cuma takda masa je.
Meh! la Ena merepek sikit kat sini. Faham tak apa maksud tajuk entry Ena kali ni?  Mesti tertanya-tanyakan apa ke bendanya lah "2B4H" tu kan?  Untuk pengetahuan korang, sopan sikit, anda..hehe!~
      Ena sudah start practikal selama 2 Bulan 4 Hari..hehe!~  Baru sekarang la Ena nak update pasal practikal ni kan.  Agak terlewat sikit la.  Orang lain da update da pasal practikal diorang kat mana. Ena baru je nak bagitahu.  Takpela, blog Ena kan.  Suka hati Ena la nak update bila-bila.  Betul tak? (^_^)
     Ok, Sekarang ni Ena bagitahu ye.  Ena start practikal 21 November 2011 lalu untuk menyambung pengajian diploma Ena pada semester 6.  Ena dapat ke mana? Ena dapat practikal di BIRO Tatanegara (BTN) Cawangan Negeri Selangor di Bangunan Komplek PKNS Tingkat 3.  Wah! Terang-terang pulak Ena bagitahu kan.  Biarla kan, nanti senang sapa-sapa yang nak cari tempat practikal.  Sebab Ena da bagitahu kan.  Baik la pulak tetibe.  (selama ni aku ni jahat..hahaha!~)
     Practikal kat BTN ni agak best, sebab pekerja kat sini ramah-ramah.  Tapi buat masa sekarang ni, Ena masih lagi segan-segan la.  Tak berani sangat nak bergurau-gurau dengan akak-akak dan abang-abang kat BTN ni.  Nanti la, bila da cukup sebulan nanti ke.  Hehe! Lama kan?
     Eh! Lupa nak bagitahu.  Ena sama tempat practikal dengan kawan baik Ena, kawan sekolah Ena yang rapat antara 7 orang iaitu Nurul Syahirah Bt Mohd Yusnal.  Kenal tak? Tak kenal? Jap nak kenal kan. Ena letak gambar ye. Haha! (gediiiik!!!)
Syahirah & Arina
     Ok. Da kenal da. Hehe!~  Itu la kawan se'practikal' Ena.  Padahal kawan da lama sejak dari sekolah menengah lagi.  Da settle tak cerita Ena pasal practikal? Belum? Ok-ok, mesti korang nak tahu pasal elaun Ena practikal kan? Takyah tahu la.  Tak penting pun.  Ada la sikit daripada tak ada langsung kan.  Mula-mula diberitahu tak ada elaun, tapi bila da masuk ada pulak elaun nya. Alhamdulilah. Amin!  
     Buat masa sekarang ni, itu sahaja la ye cerita nya.  Sebab Ena taktau nak merepek ape. Kalau korang nak tau, Ena update pasal entry ni pun mase tengah keje ni.  Curi tulang sikit je.  Eh! Curi tulang ke? Bukan la, ada mase terluang sikit je sebab takda keje sangat kan. Hehe!~ (^_^) So, itu sahaja la ye. Nanti Ena cerita lagi pasal practikal.
     Wasalam.




p/s : minggu depan 15 December 2011 sampai 18 December 2011 Outstation ke N.Sembilan..<3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan