Rabu, 14 Mac 2012

Diploma --> Lesen

   Assalamualaikum, sihat semua?  Hai!  Setelah sekian lama berdiam diri blog Ena tanpa cerita baru..hehe!~
Ena tak tahu nak cerita apa sebenarnya.  Tapi Ena nak bagi tahu kat sini, yang Ena baru sahaja menamatkan zaman Diploma Office Management & Technology setelah bersusah payah dari semester 1 sampai semester 6 (praktikal).  Alhamdulilah selesai tanggungjawab Ena sebagai seorang student di Kolej UNIKOP.  5 semester di Kolej UNIKOP dan 1 semester di Biro Tatanegara Negeri Selangor.
   Pada 8 Mac 2012 lepas, Ena baru sahaja lepas membuat presentation report praktikal Ena dan selepas itu. DONE MY DIPLOMA! hehe!~ (^_^)   Ena sangat happy sebab Ena sudah melalui hari-hari yang sangat susah dan suka duka untuk tamatkan perjalanan kehidupan sebagai student Diploma..hehe!~  Syukur alhamdulilah selesai, tetapi Ena kena tunggu result praktikal Ena sama macam Ena tunggu result semester2 lepas.  Tunggu dan lihat bagaimana resultnya, Ena harap sangat2 DEKAN takpun pointer mencapai 3 pointer.  Itu pun sudah berbaloi dengan segala usaha Ena selama ini.
   Ha! Walaupun sudah tamat kelas dan exam2, tak bermakna Ena tak melaluinya lagi..hehe!~  Now Ena sedang menjalani latihan memandu..hehe!~  Macam pelik pulak bunyinya kan.  Ena da start pergi driving class.  Ena baru sahaja lepas lesen "L"..haha!~  Bangga diri jap, so sekarang ni Ena nak teruskan sampai Ena dapat lesen "P".  Doakan kejayaan Ena.  Wah! (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan